ITU HARGA MEMANG DARI DULU
DARI HARI PELANCARAN LAGI
DARI SEBELUM KITA KENA TIPU
KAH! KAH! KAH!
http://www.volkswagen.com.my/en/models/the-golf/gallery.html
KANTOL LAGI !!! adeiii asyik kene tipu je. mana boleh jadi ni. ingat
kami rakyat ni senang2 jer diperbodohkannya. sebab tu lah KERAjaan BN
takut sgt dgn informasi dari internet & IT. kat mediamassa mana ada
semua ni. semua maklumat boleh kita selongkar.. kikikihh~
Untuk model Honda pula, apa kata Macai..? Harga RM89,900 telah ditawarkan pada DISEMBER 2012 lagi...
Share gambar ni. Jangan TAK SHARE! Kantoikan mereka!!!!...
- Arabic -
"Manifesto AkuJanji BN, Sebuah Janji Dicapati"
PEUGEOT 308
Pembohongan Manifesto BN : Dasar Automotif Nasional
Sebelum Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasional menawarkan penurunan
harga kereta selepas secara berperingkat antara 20 hingga 30
peratus.Perdana Menteri 46%,Najib Tun Razak telah berjanji menyemak
semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara
berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing
kereta nasional.
Namun,Selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum dengan 'keajaiban',
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, penurunan itu berikutan pelaksanaan Perjanjian
Perdagangan Bebas (FTA) bagi liberalisasi industri automotif yang akan
dikuatkuasakan sepenuhnya tiga tahun lagi.
Katanya, kerajaan telah menyediakan pelan penurunan harga kereta
dalam negara secara berperingkat sejak suku keempat tahun lalu sehingga
2016.
Akhirnya,kerajaan terpaksa mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13.
Menerusi laporan berita, 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan harga di pasaran.
Perkara ini berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menurunkan harga
kereta secara berperingkat sebagai memenuhi “aku janji” dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat
ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva
(5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz
Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
Namun, penurunan ini telah menjadi bahan jenaka apabila Kerajaan
dengan megah berkata Langkah untuk menurunkan harga kereta secara
berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan
penurunan.
Hakikatnya rakyat hidup-hidup DITIPU oleh kerajaan.
Mari kita lihat kenapa kita perlu ketawakan mereka.
Penjelasan pihak Volkswagen Malaysia yang jelas menunjukkan PEMBOHONGAN Kerajaan
Harga Honda Jazz Hybrid yang memang ditawarkan RM89,900 dari mula memasuki pasaran
Adakah ini kononnya hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak
20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu
omongan kosong?
Jika kerajaan masih mempertahankan dan mengakui ini memang hasil
pelaksanaan pelan penurunan harga kereta berdasarkan AkuJanji Manifesto,
tiada apa yang perlu dikata lagi....Redha dan Bersyukurlah....
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment